Google
 

Archive for the 'General News' Category

Parti Di Pizza Hut..

Saturday, July 26th, 2008

Setelah berakhirnya Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak, Pasukan Robotik SMK Matang Jaya telah mengadakan parti di Pizza Hut. Sebelum mengadakan parti tersebut, kami terlebih dahulu berbincang dengan semua ahli agar semua ahli dapat hadir pada parti tersebut.  

 

               Kira-kira pukul 2 petang, semua ahli robotik kecuali Azra dan Hazirah telah berkumpul di restoran Pizza Hut yang telah ditetapkan. Cikgu Cyril iaitu Cikgu Rabotik kami telah menempah pelbagai jenis pizza. Pelbagai perkara telah kami bincangkan termasuklah perkara mengenai perlantikkan AJK baru robotik semasa perti tersebut berlangsung. Kami juga turut bercerita tentang pelbagai perkara yang telah terjadi sepanjang kami menjalankan latihan untuk pertandingan robotik ini. Rupa-rupanya, kami telah menempuhi pelbagai pengalaman yang sungguh menarik sepanjang kami menjalankan latihan untuk pertandingan robotik ini tanpa kami sendiri sedari.Lebih kurang 2 jam lebih bersembang sambil makan-makan, kami pun minta diri untuk balik.

 

                Di kesempatan ini, kami pasukan robotik SMKMJ tahun 2008 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Cyril dan Cikgu Welcy kerana telah banyak membimbing kami sepanjang latihan robotik diadakan… Terima kasih banyak-banyak diucapkan..

 

Sekolah dari Bintulu ungguli pertandingan robotik kebangsaan peringkat negeri Sarawak(Dari Utusan Malaysia)

Tuesday, July 22nd, 2008

KUCHING 20 Julai - Empat buah sekolah dari bahagian Bintulu mengungguli Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) peringkat negeri Sarawak sekali gus mewakili negeri pada pertandingan akhir yang akan diadakan di Johor Bahru bulan hadapan.

Menurut jurucakap penganjur NRC, Cyril Dason Kerine, empat buah sekolah itu akan mewakili Sarawak bagi lima kategori yang akan dipertandingkan.

Katanya, sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sebiew Chinese (robot recycling), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu (robot planting), SMK Bandar Bintulu (terbuka peringkat menengah) dan SJKC Chung Hwa (terbuka peringkat rendah).

(more…)

Jurutera muda tunjuk bakat pada pertandingan robotik (Dari Utusan Malaysia)

Tuesday, July 22nd, 2008

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN

KUCHING 20 Julai - Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

 

Itulah semangat yang dibuktikan oleh para peserta Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Sarawak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya di sini semalam.

 

Meskipun dengan impian berbeza, namun penyertaan mereka menunjukkan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai generasi muda terlibat dalam bidang sains dan teknologi sudah mula menampakkan hasil.

 

Mereka merupakan generasi baru yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan yang sedang rancak berlangsung di negara ini.

 

(more…)