Setelah berakhirnya Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak, Pasukan Robotik SMK Matang Jaya telah mengadakan parti di Pizza Hut. Sebelum mengadakan parti tersebut, kami terlebih dahulu berbincang dengan semua ahli agar semua ahli dapat hadir pada parti tersebut.
Kira-kira pukul 2 petang, semua ahli robotik kecuali Azra dan Hazirah telah berkumpul di restoran Pizza Hut yang telah ditetapkan. Cikgu Cyril iaitu Cikgu Rabotik kami telah menempah pelbagai jenis pizza. Pelbagai perkara telah kami bincangkan termasuklah perkara mengenai perlantikkan AJK baru robotik semasa perti tersebut berlangsung. Kami juga turut bercerita tentang pelbagai perkara yang telah terjadi sepanjang kami menjalankan latihan untuk pertandingan robotik ini. Rupa-rupanya, kami telah menempuhi pelbagai pengalaman yang sungguh menarik sepanjang kami menjalankan latihan untuk pertandingan robotik ini tanpa kami sendiri sedari.Lebih kurang 2 jam lebih bersembang sambil makan-makan, kami pun minta diri untuk balik.
Di kesempatan ini, kami pasukan robotik SMKMJ tahun 2008 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Cyril dan Cikgu Welcy kerana telah banyak membimbing kami sepanjang latihan robotik diadakan… Terima kasih banyak-banyak diucapkan..