Jurutera muda tunjuk bakat pada pertandingan robotik (Dari Utusan Malaysia)
July 22nd, 2008Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
KUCHING 20 Julai - Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Itulah semangat yang dibuktikan oleh para peserta Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Sarawak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya di sini semalam.
Meskipun dengan impian berbeza, namun penyertaan mereka menunjukkan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai generasi muda terlibat dalam bidang sains dan teknologi sudah mula menampakkan hasil.
Mereka merupakan generasi baru yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan yang sedang rancak berlangsung di negara ini.


